Galeri : Warna warni Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017
Sukan Para Asean ke-9 telah berlangsung dari 17hb hingga 24hb September 2017. Saya telah diberi peluang menjadi jurulatih pasukan catur negara. Pengalaman yang sangat berharga dan tidak akan dilupakan. Terima kasih FKE dan UTM yang telah memberi pelepasan untuk saya berkhidmat kepada pasukan negara. Gambar gambar pilihan sepanjang kejohanan dan sejak bermulanya kem kita juara saya rakamkan di sini. (KLIK DI SINI)

Utusan Malaysia : Pencapaian catur negara tetap membanggakan


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Biarpun gagal mencapai sasaran lima emas yang ditetapkan namun jurulatih catur negara, Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Mahmood tetap berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya dalam Sukan Para ASEAN 2017 ke-9.

 (Selanjutnya...)
 
UTM News : Sukan Para ASEAN KL: Pensyarah UTM galas tugas sebagai jurulatih negara

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2017 – Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Mahmood diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sebagai jurulatih pasukan catur negara di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur yang akan bermula pada 17 hingga 23 September 2017. (Selanjutnya...)

PCNK News : Dr Nasrul rangkul 2 pingat emas di SUKUM 2017
5 Ogos 2017 : Bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Dr Nasrul merangkul dua pingat emas bagi dirinya apabila berjaya menjuarai cara  Blitz dan Berpasukan lelaki di Kejohanan SUKUM 2017. Kejohanan yang disertai oleh staf dari pelbagai Universiti Awam di Malaysia ini merupakan acara tahunan yang seringkali menjadi tumpuan dan menawarkan pingat dalam pelbagai acara sukan termasuk olahraga. (Selanjutnya...)

UTM News : Pensyarah UTM pemain terbaik catur MAKSAK 2017
KUALA LUMPUR, 24 Januari 2017 – Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Nasrul Humaimi Mahmood muncul pemain terbaik kategori individu di papan pertama pertandingan catur berpasukan Fiesta Majlis Kebajikan & Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2017. (Selanjutnya...)

THE STAR Russian chess grandmaster shares tips with Asean Para chess squad

KUALA LUMPUR, 24 August 2017 : The Malaysian Asean Para Games chess squad got tips from Russian chess grandmaster Anatoly Karpov ahead of next month's Para Games. The 66-year-old former world chess champion visited the Malaysia Paralympic Sports Excellence Centre here on Thursday. (More...)


Berita Harian : Para KL2017: Sesi bersama Karpov suntik semangat

KUALA LUMPUR: Peluang bertemu dan berkongsi pengalaman bersama bekas juara catur dunia, Anatoly Karpov akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh skuad catur paralimpik negara dalam melakar kejayaan di temasya Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017. (Selanjutnya...)                                                                              
Sports247 : Skuad Catur Para mendapat suntingan semangat

Skuad catur paralimpik negara mendapat suntikan semangat menerusi beberapa tip yang diberikan Juara Catur Dunia dari Rusia, Grand Master Anatoly Yevgenyevich Karpov. Jurulatih catur paralimpik negara, Prof Madya Dr Nasrul berkata kehadiran Grand Master Anatoly Karpov di Kejohanan Gold Dis Malaysian Challenge baru-baru ini adalah satu peluang yang bermakna buat skuad catur kendalian beliau. (Selanjutnya...)                                                                                                                         

Buletin Utama TV3 : Sidang media


Berita Sukan TV1 : Sidang media
Malay Mail : Keratan akhbar